Sesi Pembasuhan Kaki, CHOICE BMKL 4 - Persiapan yang mendatangkan sukacita!

 Salam Damai...


Wah, ringan rasanya tangan mahu mencoret sesuatu dalam halaman blog ini. Hihi...
Apa tidaknya, seharian hari ini saya bersama dengan ahli keluarga Choice Berbahasa Malaysia Kuala Lumpur (CBMKL). Persiapan terakhir untuk semua team sepelayanan untuk Hujung Minggu CBMKL4 pada minggu hadapan! 

Dalam persiapan service team CBMKL4 kali ini, sudah menjadi kewajipan untuk melakukan ini, Pembasuhan Kaki sesama tim pelayanan. 

Sesi pembasuhan kaki dimulai dengan pengisian bacaan firman, sebagaimana yang tertulis dalam Alkitab, agar setiap yang mahu melayani di dalam Yesus, hendaklah meneladani apa yang dilakukanNya terhadap murid-muridNya, dan itulah yang dilakukan hari ini khas untuk Choice akan datang.

 Nah!, here we go! 

Walaupun beberapa ahli sepelayanan tidak dapat bersama-sama kali ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan, we believe that we can make it! hehe!

" Sebab dimana ada dua atau tiga orang berkumpul didalam nama-Ku, disitu Aku ada ditengah-tengah mereka", dia bilang Tuhan dalam injilNya, Matius 18:20

BUT, for sure, semua dapat bersama-sama-dalam pelayanan sepanjang Choice BMKL4 nanti!!!




Tq for your support!

Jangan nangis Gabe! haha


Our DYMP! TQ for your loving guidance! 
Seperti yang sedia maklum, ini adalah kali pertama CBM mengadakan sesi pembasuhan kaki dan Hujung Minggu Choice BMKL.

Sangat menyentuh hati saya secara peribadi, kebanyakan dalam kalangan service team yang datang untuk sesi ini, mengakui bahawa sesi ini berkesan untuk persediaan rohani dalam kalangan tim pelayan. 

Banyak benda yang dipelajari, Ya, bukan sahaja merendahkan diri, bahkan belajar merendahkan hati! Mengetahui perbezaan akan rendah hati dan rendah diri!






Selesai sahaja sesi pembasuhan kaki, beralih kepada sesi menyalahkan lilin, Seperti sifat lilin yang menyalah, membiarkan 'diri' terbakar dan terus mencair demi menerangi sekeliling, demikian juga para pelayan CBMKL4 bersedia memberikan komitmen penuh sepanjang CBMKL4 nanti.




Melayani lebih sungguh!  sepertimana kami bersedia untuk melayani, satu hal yang pasti, cabaran dan halangan pasti datang seiring..

Sudah menjadi lumrah dalam pelayanan, yang membezakannya ialah bagaimana sebuah keluarga bersatu untuk menghadadapinya bersama. Dalam Choice, kesatuan itu ada menyinari dalam setiap ahli! Bersyukur untuk itu.

"Anakku, jikalau engkau bersiap untuk mengabdi kepada Tuhan, maka bersedialah untuk pencobaan."  Sirakh 2:1

Diakhir sesi, kami akhiri dengan perkongsiaan daripada setiap yang datang, sememangnya setiap alhi mempunyai kesaksiannya yang tersendiri, dan membawa sukacita! 



Suatu misi yang pasti, "Melayani seperti Yesus melayani!" 
Dan waktu itu, tiba dalam  beberapa hari lagi! CBMKL 4! 

Jum, kobarkan semangat pelayanan kita dalam Choice kali ini! 

Selamat Melayani!



Cherry, CBM3

Comments

Popular posts from this blog

Post CEKL #99 fellowship day

It's Movie Time!!

What does CHOICE mean to you? #1